Gaza – Tidak terbayang kemusnahan begitu rupa

22 Januari 2009

Setelah 10 jam di pintu masuk sempadan Rafah antara Mesir dan Palestin pada hari Rabu, saya dan Sharon Wallace (penyokong kuat MECA) akhirnya dapat juga masuk ke Gaza.

Banyak kisah yang hendak diceritakan pada hari pertama saya di Gaza. Terlalu banyak keperitan dan kemusnahan. Tetapi satu kisah yang menyayat hati yang saya rasakan dunia seluruhnya patut tahu. Saya menemui seorang ibu yang menceritakan apa yang berlaku kepada keluarganya baru-baru ini. Beliau sedang berada di dalam rumah bersama 10 orang anak-anaknya apabila tentera Israel masuk menceroboh. Tentera Israel berkata kepadanya dia perlu memilih lima orang daripada anak-anaknya sebagai ‘hadiah kepada Israel’. Tentera Israel mengulang-ulang tuntutan mereka sambil ibu tersebut menjerit ketakutan. Mereka kemudian berkata sekiranya dia tidak membuat pilihan maka mereka yang akan membuat pilihan untuknya. Kemudian tentera Israel membunuh lima orang daripada anak-anaknya dihadapan ibu tersebut. Hari ini saya benar-benar sedar bahawa konsep “moral Yahudi’ sudah benar-benar tidak lagi wujud. Mereka berupaya menjadi fasis, teroris dan Nazi seperti orang lain juga. Masyarakat antarabangsa mesti melakukan sesuatu supaya perkara ini tidak berulang di masa akan datang.

Saya dan Sharon tinggal bersama satu keluarga di Kem Rafah pada malam Rabu. Mereka benar-benar menghargai kedatangan kami dan berkongsi kisah-kisah yang mengerikan dan menyayat hati sepanjang tiga minggu serangan tentera Israel ke atas Gaza. Hari ini kami memandu di sekitar Rafah, Khan Younis, Kem Nuseirat  dan Bandar Gaza.

Kemusnahan dan trauma di Tebing Gaza adalah lebih dahsyat daripada apa yang saya jangkakan. Apa jua kata-kata yang diungkapkan untuk menceritakan keadaan di sini tidak akan mampu mengambarkan keadaan sebenar. Oleh itu saya kongsikan bersama beberapa keping gambar.

Hospital Al-Quds, Bandar Gaza, dibedil secara terus oleh artileri Israel pada 16 Januari. Pesakit terpaksa dipindahkan kerana hospital dijilat api.
Hospital Al-Quds, Bandar Gaza, dibedil secara terus oleh artileri Israel pada 16 Januari. Pesakit terpaksa dipindahkan kerana hospital dijilat api.

 

 

 

Kemusnahan rumah-rumah penduduk
Kemusnahan rumah-rumah penduduk
4000 rumah hancur musnah
4000 rumah hancur musnah
20,000 rumah mengalami kerosakan
20,000 rumah mengalami kerosakan

 

Barbara Lubin ialah Pengarah Eksekutif kepada Kesatuan Kanak-kanak Timur Tengah (MECA), sebuah NGO yang berpengkalan di Berkley, California.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts