Genjatan senjata… tidak di pantai, tidak juga di rumah

11Ahmed Hassanin, 7 tahun, ditembak di kepala oleh askar Israel di luar rumahnya di timur sempadan Gaza pada 22 Januari.

Pada waktu pagi hari ke-5 Israel mengisytiharkan ‘genjatan senjata,’ bot-bot tentera Israel mula menyerang, sebagaimana beberapa pagi sebelum ini selepas mereka menghentikan 22 hari serangan hendap udara dan darat ke atas bumi Gaza. Serangan yang bermula sejurus selepas jam 7:30 pagi di perairan bandar Gaza telah mencederakan sekurang-kurangnya 5 orang, termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang dirawat kerana serpihan peluru tertanam di kepalanya.

Yasser Abbed, 15 tahun, keluar dari rumahnya di tepian pantai Gaza, untuk menijau kejadian serangan tersebut. Serpihan-serpihan peluru tertanam di dahinya.

Nisreen al Quqa, 11 tahun, telah keluar lebih awal, sebelum armada laut Israel mula menembak nelayan-nelayan Palestin. Dia dan adiknya sedang berjalan-jalan di pantai apabila serangan berlaku. Serpihan peluru ditemui tertanam di dalam betis kanannya.

Kecederaan-kecederaan lain termasuklah seorang remaja lelaki 14 tahun yang terkena serpihan peluru di pahanya, seorang lelaki 35 tahun yang juga tercedera akibat serpihan peluru, dan seorang kanak-kanak perempuan 4 tahun yang tercedera di kepala akibat serpihan peluru yang berterbangan.

Pada hari yang sama di daerah Shetjaiee yang terletak berhampiran dengan sempadan timur Gaza, seorang kanak-kanak berumur 7 tahun Ahmed Hassanin sedang berada di luar rumahnya bersama-sama kawan-kawan pada kira-kira pukul 9:45 pagi. Sekarang Ahmed Hassanin terbaring dalam keadaan kritikal di ICU hospital Shifa. Sebutir peluru masih tertanam di otaknya. Dengan keadaan otak yang berdarah dan rosak, dia dijangka tidak dapat bertahan lama untuk hidup.

Pada hari yang sama, Mu’awiyah Hassanain, pengarah Perkidmatan Ambulan dan Kecemasan, melaporkan beberapa serangan di daerah timur-barat kawasan pantai As-Sudaniya. 5 orang nelayan tercedera dalam serangan tersebut.

Pada hari pertama ‘genjatan senjata’ mereka, jet-jet pejuang Israel membuat penerbangan sangat rendah dan membingitkan di beberapa kawasan pantai Gaza menyebabkan penduduknya menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas mereka. Kapal terbang peninjau yang boleh mengambil gambar dan juga meledakkan bom dan roket berterusan mengelilingi langit Gaza sepanjang 3 hari pertama sejurus kereta-kereta kebal mereka berundur dan serangan bom udara dihentikan. Pada jam 8:30 pagi, satu daripada kapal-kapal peninjau tersebut melepaskan 2 roket ke daerah Amal di timur Beit Hanoun, mencederakan seorang ibu dan anaknya yang berumur 11 tahun, yang kemudiannya didapati meninggal dunia akibat kecederaan tersebut.

Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (The Palestinian Centre for Human Rights – PCHR) melaporkan beberapa lagi pencabulan terhadap genjatan senjata.

Pada jam 10:40 pagi, askar Israel membunuh Maher abu Rhaila, 23 tahun, dengan menembaknya di bahagian dada ketika dia sedang berjalan di timur bandar Khan Younis.

2 hari kemudian, tentera Israel menyerang penduduk al Qarara di Khan Younis. Waleed al Astal ditembak di kaki kanannya.

Serangan hendap Israel ke atas Gaza telah mengorbankan 1,330 orang, dan sehingga 200 lagi mayat dikatakan tertimbus di bawah runtuhan lebih 5000 rumah dan 20,000 bangunan yang diranapkan.

Dr Fawzi Nablusi, pengarah unit rawatan rapi (ICU) Hospital Shifa, berkata bahawa daripada semua kes yang dirawat di hospital tersebut, 90% adalah penduduk awam yang mana 50% daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak. Salah seorang daripada mereka yang tercedera sehari sebelum Israel menginsytiharkan genjatan senjata adalah Mohammed Jarboua, 21 tahun. Beliau yang berasal dari kem Pantai kini mati otak, dan hanya bertahan dengan alat bantuan mekanikal, akibat tembakan di kepala oleh tentera laut Israel.

Pengarah Hospital Shifa, Dr Hassan Khalaf, dan Mu’awiyah Hassanain mengesahkan bahawa sejak genjatan senjata bermula pada 18 Januari, 3 orang lagi rakyat Palestin terbunuh dan 15 yang lain tercedera. 10 daripadanya tercedera pada 22 Januari.

Pencabulan genjatan senjata bukanlah suatu amalan yang baru, di mana sepanjang 6 bulan genjatan senjata yang bermula pada 19 Jun 2008, tentera Israel menyasarkan dan menembak nelayan dan petani Palestin sepanjang sempadan di timur dan utara secara rutin,  menyebabkan 62 orang tercedera. Sepanjang tempoh ini, 22 rakyat Paletin terbunuh, kebanyakannya adalah dari kumpulan-kumpulan penentang Israel. 38 orang nelayan dan petani telah ditangkap. Tempoh kedamaian sementara tersebut menyaksikan pintu sempadan biasanya ditutup, dan kemudian ditutup sepenuhnya sejak 4 November 2008.

Kini terbangan debu telah hilang dan kebakaran kimia beracun semakin reda. Penduduk Gaza  memberi tumpuan kepada keperluan mereka yang mendesak: rumah, makanan, dan juga mencari ahli-ahli keluarga yang masih hilang di bawah runtuhan.

Punca kepada masalah mereka masih berterusan: hampir 2 tahun dalam kepungan, tidak pernah aman sepanjang 6 bulan tempoh genjatan senjata, yang memusnahkan sebahagian besar infrastruktur kesihatan dan sanitasi, dan menghancurkan ekonomi. Daripada runtuhan-runtuhan di Gaza, sebarang petunjuk akan berakhirnya kepungan ke atas mereka adalah jauh melepasi ufuk kemusnahan. [InGaza]

Serpihan peluru tertanam di otak Ahmad Hassanin
Serpihan peluru tertanam di otak Ahmad Hassanin

 

Ahmad Hassanin
Ahmad Hassanin

 

 Nisreen al Quqa, 11 tahun, terkena serpihan peluru serangan Israel pada 22 Januari
Nisreen al Quqa, 11 tahun, terkena serpihan peluru serangan Israel pada 22 Januari

 

Yasser Abed, 15 tahun, ditembak di kepala dari bot tentera Israel pada 22 Januari
Yasser Abed, 15 tahun, ditembak di kepala dari bot tentera Israel pada 22 Januari

 

Mohammed Jarboua, 21 tahun, kematian otak akibat serangan oleh bot tentera Israel pada 17 Januari
Mohammed Jarboua, 21 tahun, kematian otak akibat serangan oleh bot tentera Israel pada 17 Januari
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts