Graduan Gaza usahakan tanaman salad tanpa tanah

GAZA, 19 Jun 2019 — Azzam Abu Daqqa dan adiknya Safia merupakan graduan kejuruteraan dari Gaza, di tengah kadar pengangguran yang mencecah 52%.

Oleh kerana peluang pekerjaaan yang terlalu terhad, pasangan adik-beradik itu memutuskan untuk menggunakan ilmu dan kemahiran mereka dengan membina sebuah rumah hijau bagi mengusahakan tanaman salad dengan kaedah pertanian hidroponik.

Dengan kaedah tersebut, pokok dapat tumbuh hasil nutrien mineral dalam air tanpa memerlukan tanah. Mereka dapat mengurangkan kebergantungan ke atas baja dan bahan kimia. Ia juga tidak memerlukan kawasan yang luas.

Hasil tanaman mereka berjaya membekalkan sayuran untuk pasaran tempatan Gaza.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts