GAZA, 28 Nov 2018 — Pertubuhan hak asasi B’Tselem telah menjalankan kajian menyeluruh ke atas 406 penduduk Gaza yang cedera ditembak dengan peluru hidup sepanjang tujuh bulan kempen Great Return March (GRM).

Kajian yang melibatkan Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu mendapati 63 remaja di bawah 18 tahun turut menjadi mangsa.

Berikut adalah sebahagian daripada analisa kajian:

  • 85% daripada mangsa, termasuk 48 kanak-kanak, ditembak di bahagian bawah badan dan 8% termasuk 10 kanak-kanak ditembak di bahagian atas badan.
  • 58% daripada mangsa ditembak dari jarak lebih 10 meter dari pagar keselamatan sempadan.
  • 41% termasuk 29 kanak-kanak ditembak dari jarak satu hingga 10 meter dari pagar.
  • 83% mangsa terpaksa menjalani rawatan berterusan, sementara 57% perlu menjalani terapi dan pemulihan.
  • 10% mangsa menjadi cacat.

Ramai daripada mangsa ditembak dengan peluru 5.56mm dan juga peluru memburu 7.62mm.

Amnesty mendakwa tentera Zionis secara sengaja menggunakan peluru berkelajuan tinggi yang diharamkan untuk mencederakan mangsa.

(IMEMC)

SHARE