Hakim Turki digesa jangan gugurkan kes jenayah ke atas Mavi Marmara

ISTANBUL, 8 Dis 2016 (MEMO) — Sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Istanbul menangguhkan perbicaraan sehingga 9hb Disember, apabila panel hakim gagal membuat keputusan untuk menggugurkan dakwaan jenayah ke atas empat pegawai kanan tentera Zionis yang mengarahkan serangan maut ke atas kapal kemanusiaan Mavi Marmara pada tahun 2010.

Seorang peguam mendesak supaya kes tersebut digugurkan, dengan merujuk kepada persefahaman Turki-Zionis dalam memulih hubungan dua hala pada bulan Jun baru lalu yang menjanjikan pampasan kepada keluarga mangsa.

Pada tahun 2012, keluarga mangsa serangan ke atas Mavi Marmara memfailkan tuduhan ke atas Gabi Ashkenazi, yang merupakan ketua staf Zionis pada masa kejadian; Eliezer Marom, iaitu komader tenetra laut Zionis ketika itu; Avishai Levi, yang merupakan pengarah perisikan tentera udara; dan Amos Yadlin yang mengetuai pasukan perisikan Zionis.

Para peguam yang mewakili keluarga mangsa mendakwa mereka tidak pernah menerima sebarang pampasan, walaupun media melaporkan bahawa wang tersebut telah dipindahkan ke akaun Kementerian Kehakiman Turki pada bulan September lalu. Bagaimanapun, isu utama di sini bukanlah berkaitan pampasan, tetapi kes jenayah besar yang dilakukan oleh pemimpin Zionis.

Barisan peguam dari 37 negara terlibat dalam kes ini, menjadikannya satu kes yang menjangkau di luar hubungan Turki-Zionis. “Persefahaman [antara Turki dan Zionis] berkait dengan keluarga 10 orang mangsa [warga Turki yang terkorban] sahaja. Tetapi terdapat 715 mangsa di dalam kapal [Mavi Marmara]. Hak untuk mendapat keadilan tidak boleh digugurkan, samada di bawah undang-undang Turki mahupun undang-undang antarabangsa,” kata jurucakap IHH, Mustafa Ozbek. Humanitarian Relief Foundation, atau IHH, adalah salah satu penganjur utama Freedom Flotilla tersebut.

Mangsa serangan turut memfailkan pertuduhan di beberapa mahkamah di Amerika dan juga Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts