HALUAN Santuni Pra-Sekolah Jabaliya

JABALIYA, GAZA UTARA Apr 28, 2012 – Pasukan HALUAN Malaysia telah bertuah kerana dapat melawati sebuah tadika khas di daerah ini, di mana anak-anak kecil di antara usia empat hingga lima tahun daripada keluarga fakir miskin, anak yatim, anak para syuhada’, ibu tunggal dan ibubapa yang cacat diberikan peluang memperolehi pendidikan asas secara percuma.

Menurut pengetua tadika TK Bintang Al-Quran, Hana’a al-Shonat, tadika berusia setahun jagung itu didirikan demi memenuhi hajat ibubapa miskin di kawasan Jabaliya untuk menyediakan anak-anak mereka menempuh pendidikan yang lebih tinggi nanti. Seramai 135 orang murid di situ diajar oleh enam orang guru wanita dalam matapelajaran matematik, English, Arab, adab Islami serta hafazan Quran. Projek ini dilaksanakan oleh NGO tempatan Salam dengan kerjasama erat Sahabat Al-Aqsho dari Indonesia.

HALUAN telah menyertai mereka dalam melayani anak-anak berkenaan di sebuah taman permainan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts