HALUAN Sertai Karnival TV Al Hijrah

KUALA LUMPUR, 24 Dis 2012 – Terasa kemeriahan dan keghairahan semangat masyarakat dengan isu Palestin bersempena Karnival Demi Palestin anjuran TV Al Hijrah di perkarangan utamanya di sini. Karnival sehari suntuk itu, antara lain, ingin membawa ke tengah penglibatan NGO-NGO yang aktif melaksanakan aktiviti serta kempen kesedaran mengenai isu Palestin serta penentangan rakyat Malaysia berbilang kaum terhadap rejim zionis Israel.

Sebanyak tujuh buah NGO telah menjadi penganjur bersama iaitu HALUAN Malaysia, Aqsa Syarif, Aman Palestin, Viva Palestina Malaysia, Mercy Malaysia, Islamic Relief Malaysia (IRF) dan Perdana Global Peace Foundation. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Bukhari Che Muda, objektif utama adalah memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu Palestin serta memberi ruang kepada mereka untuk membantu rakyat Palestin.

Pelbagai pameran, pementasan, aksi flash mob dan gerai jualan telah berjaya menarik sekitar 10,000 pengunjung ke situ, termasuk pelancong luar yang bertandang ke Masjid Negara berdekatan. Di sebelah pagi Pentas Utama Program Demi Palestin dimeriahkan lagi dengan pengacara dan pembaca berita TV Al HIjrah. Antara aktiviti termasuk pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, Menu Alam Masakan, pertandingan melukis, pertandingan menulis khat, dan bersama selebriti TV Hijrah. Kemuncak program dimeriahkan lagi dengan konsert Demi Palestin di sebelah malamnya dengan kumpulan nasyid seperti seperti Inteam, Hijjaz, Unic, Rabbani, Nowseeheart dan Saujana.

Kutipan di booth HALUAN Palestin sahaja berjumlah RM3,145.41. Teruskan sumbangan anda ke akaun “Tabung Palestin HALUAN” di BIMB 1402–30100–342–92 atau Maybank 5644-9020-8528.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian 019-218 7861 atau 013 282 0731.

“Bersatu Untuk Palestin”

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts