HALUANSiswa Kedah Aktif Bantu Kutipan Palestin

SUNGAI PETANI, 14 Dis 2012 – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Negeri Kedah dengan kerjasama Biro HALUAN Palestin telah mengadakan kutipan dana bantuan kecemasan Palestin di beberapa masjid sekitar Sungai Petani. Antara masjid yang dituju ialah Masjid Al-Muttaqin, Taman Ria, Masjid Taman Intan, dan Masjid Padang Temusu.

Objektif aktiviti ini adalah untuk menyebarkan maklumat terkini mengenai keadaan yang berlaku di Gaza, menyedarkan masyarakat akan keperluan bantuan kecemasan yang diperlukan oleh rakyat Gaza dan mengumpul dana untuk disalurkan kepada mereka. Aktiviti yang telah dijayakan oleh 12 orang ahli HALUANSiswa Kedah ini mensasarkan ahli kariah masjid yang datang untuk menunaikan solat Jumaat. Aktiviti bermula antara jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang.

“Aktiviti ini mampu menyedarkan masyarakat bahawa membantu rakyat Palestin untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa merupakan tanggungjawab bersama,” berkata Ahmad Ihsan Rosli, seorang sukarelawan anak jati Sungai Petani yang menjayakan program ini. Aktiviti ini diharapkan dapat diteruskan lagi di masjid-masjid yang lain bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan membantu rakyat Palestin.

Sumbangan boleh dibuat kepada “Tabung HALUAN Palestin” di BIMB – 14 023 01 003429 2 atau MAYBANK – 5644 9020 8528.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian 019-218 7861 atau 013 282 0731.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts