HAMAS-FATAH Dijangka Menandatangani Perdamaian Pada 15 Oktober

Dua fraksi terbesar Palestin yang terlibat dalam konflik, Hamas dan Fatah, dijadualkan akan menandatangani kesepakatan perdamaian pada 15 Oktober, dimana hal itu diharapkan dapat mengakhiri perpecahan dan pertelagahan yang sudah berlangsung sekitar dua tahun iaitu sejak musim panas 2007 yang lalu.

Sumber-sumber di Kaherah, seperti dilaporkan Maannews, pada Ahad (11/10), menyebutkan bahawa cadangan perjanjian yang ditawarkan Mesir akan disepakati oleh Hamas dan Fatah tanpa harus ada apa-apa perubahan lagi. Menurut sumber-sumber itu juga, Hamas dan Fatah selewatnya akan menerima salinan draf dari perjanjian itu pada Isnin (12/10).

Selanjutnya disebutkan, penandatanganan draf itu akan berdasarkan pada jadual berikut:

1. Draf akan sampai ke tangan Hamas dan Fatah dalam jangkamasa 24 jam;
2. Hamas dan Fatah akan menandatangani dokumen pada 15 Oktober;
3. Seluruh fraksi Palestin akan menandatangani dokumen itu pada 20 Oktober;
4. Mesir secara rasmi akan mengumumkan bahawa seluruh fraksi Palestin sudah mencapai kata sepakat pada 20 Oktober;
5. Mahmoud Abbas akan menerbitkan dekrit presiden pada 25 Oktober;
6. Dalam dektrit itu akan diumumkan jadual pelihanraya umum dan presiden yang dijaduakkan diadakan pada 26 Jun 2010;
7. Terakhir pelantikan terbuka atas kesepakatan penyatuan itu akan diadakan setelah hari raya Aidil Adha.

Sementara itu makluman dari sumber-sumber tersebut juga mengatakan bahawa Mahmoud Abbas akan menyampaikan pidatonya pada Ahad (11/10) malam. Abbas diyakini akan memfokuskan pembicaraannya berkaitan dialog nasional dan penundaan laporan Richard Goldstone.(milyas/maanews)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts