HAMAS Mahu Fokus Selesaikan Urusan Pertukaran Shalid, Tangguh Bicara Kerajaan Pakatan Bersama Fatah

3 Dis – Hamas memutuskan tidak akan menandatangani kesepakatan pemerintahan bersatu dengan Fatah, sebelum tercapai kesepakatan pertukaran tawanan dengan Israel.

Akhbar harian Al-Hayat berbahasa Arab yang terbit di London, melaporkan bahawa Hamas sudah menyampaikan mesejnya kepada Mesir soal perundingan pertukaran tawanan antara Hamas dan Israel. Hamas menyatakan akan memfokuskan pada perundingan pertukaran tawanan sebagai syarat pembebasan Gilad Shalit, askar Israel yang ditawan pejuang Hamas sejak tahun 2006.

Al-Hayat juga mengutip kenyataan sumber-sumbernya di Israel yang mengatakan bahawa 17 tahanan di Jerusalem Timur akan dibebaskan sebagai usaha pembebasan Shalit. 10 dari 17 tahanan yang dibebaskan, menurut sumber di Israel, dihantar ke luar Israel.

Manakala sumber-sumber Hamas, seperti dilaporkan Al-Hayat, menyatakan perundingan pertukaran tawanan menemui jalan buntu kerana Israel menolak membebaskan tahanan Palestin dengan jumlah yang ditetapkan Hamas. Hamas menuntut pembebasan 50 tawanan dan salah seorangnya adalah Komandan Hamas, Jabal Abu Al-Hija dan Hassan Salama.

Al-Hija adalah komandan Hamas di Jenin yang telah dijatuhi sembilan hukuman penjara seumur hidup oleh Israel ats dakwaan terlibat dalam pelbagai serangan ke atas wilayah Israel, termasuk insiden serangan berkereta  ke  atas mall Hadera yang berlaku pada tahun 2000. Sementara Salama dituduh bertanggungjawab atas terbunuhnya warga Israel dalam pelbagai insiden serangan, antaranya serangan bom terhadap dua bas yang berlaku di Jerusalem pada tahun 1996. Serangan itu membunuh 44 orang Israel dan Salama dijatuhkan 38 hukuman penjara seumur hidup pada tahun 1998.

Pada hari Isnin lepas, Hamas menyatakan bahawa kesepakatan pertukaran tawanan dengan Israel kemungkinan akan tercapai pada bulan Desember ini. Sementara juru runding dari pihak negara Jerman yang menjadi mediator perundingan, sudah berada di Jalur Gaza untuk meneruskan pembincangan dengan Hamas. (ln/JP/eramuslim/fn)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts