Hamas: Jangan biarkan Gaza bersendirian melawan Zionis

GAZA, 26 Julai 2018 — Anggota biro politik Hamas, Fathi Hammad, menyeru semua pihak bersama-sama berjuang dalam Infitadah melawan rejim penjajah Zionis.

Dalam kenyataan beliau ketika mengusung jenazah tiga syuhada al-Qassam yang gugur syahid akibat serangan kereta kebal tentera Zionis semalam, beliau menegaskan semua pihak harus bergerak dan jangan tinggalkan Gaza bertempur bersendirian. Negara-negara Arab dan Islam perlu bergerak menyelamatkan Palestin. “Kami tidak perlukan air mata anda, yang kami perlukan adalah pembelaaan anda,” kata beliau.

Menurut Fathi, rejim Zionis baru-baru ini mengemis gencatan senjata kepada Mesir, Qatar dan beberapa negara lain. Namun gencatan senjata tersebut tidak membawa sebarang faedah kepada Netanyahu [pemimpin negara Zionis], sebaliknya al-Qassam akan memberikan pelajaran berharga kepada rejim Zionis sebagaimana dalam perang-perang terdahulu.

Semalam, tiga pejuang al-Qassam syahid dan seorang lagi cedera parah diserang dengan tembakan kereta kebal. Sementara seorang askar Zionis cedera ditembak di kawasan penempatan haram Kesuvem, selatan sempadan Gaza.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts