HAMAS: Kami akan tetap pertahankan Palestin dari Penjajahan Yahudi Zionis

gaza-nasrHamas bersumpah akan menghadapi setiap tindakan Israel ke Jalur Gaza dengan kekuatan yang dimilikinya dan tidak akan menyerah atau menggadaikan kepentingan negara dan rakyat Palestin pada Zionis Israel.Bagi Hamas, regim Zionis Israel adalah pemerintahan “kriminal” yang ingin merobek para pejuang Palestin sehingga rakyat Palestin tidak memiliki kekuatan lagi.

“Pemerintahan regim Zionis selamanya adalah pemerintahan yang berisi para penjahat dan teroris. Mereka menjalankan pemerintahan berdasarkan pada kebijakan serangan militer dengan target melemahkan perjuangan Palestin,” tegas anggota parlimen dari Hamas, Dr. Salah Al Bardaweel dalam wawancara dengan Palestine Information Center, minggu lalu(3/5).

Menurut Bardaweel, pemerintahan Israel sekarang dibawah pimpinan Benjamin Netanyahu juga tidak pernah berniat menciptakan perdamaian, kerana pemerintahan Netanyahu masih bicara soal perang dan mengancam akan mengulang kembali serangan ganasl Israel ke Jalur Gaza.


Israel, kata Bardaweel, tidak perlu mencari-cari alasan untuk melakukan agresifnya kerana kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin tidak pernah berhenti. Ia berkata lagi, Hamas akan terus bersiap sedia menghadapi ancaman baru Israel atau serangan Israel yang mensasarkan pembunuhan terhadap para pimpinan Hamas.

Bardaweel dalam wawancara dengan PIC kembali menyerukan negara-negara Arab dan Muslim, serta dunia antarabangsa untuk melindungi rakyat Palestin dari jentera perang Israel.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Pentadbiran Palestin mengingatkan jumlah warga Palestin yang kritikal dan meninggal dunia akibat sekatan Israel di Gaza jumlahnya terus bertambah. Terakhir, Rabie Qabbani, seorang anak Palestin berusia 5 tahun, meninggal dunia kerana tidak dapat keluar dari Gaza untuk mendapatkan perubatan lanjutan.

Laporan Kementerian Kesihatan Pentadbiran Palestin juga menyebutkan bahawa tentera Zionis menolak memberikan kebenaran keluar dari Gaza bagi sepuluh warga Palestin yang kritikal sakit. Berkaitan hal ini, Kementerian meminta Mesir membuka persempadanan Rafah, kerana Rafah satu-satunya persempadanan yang ditadbir oleh Mesir sebagai jiran tetangga Palestin. Saat ini, masih ramai pesakit di rumah-rumah sakit Palestin di Gaza yang dirawat di unit perawatan intensif (ICU) dengan peralatan seadanya.

Mesir menolak permintaan Pentadbiran Palestin membuka persempadanan dengan alasan sempadan Rafah sudah menjadi urusan antarabangsa. (ln/PIC/eramuslim/fn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts