Hampir 1,800 Penduduk Palestin Cedera Dalam Bantahan Terhadap Trump

RAMALLAH, 12 Dis 2017 — Seramai 1,795 penduduk Palestin cedera dalam siri pertempuran yang tercetus di Tebing Barat, al-Quds dan Gaza berikutan bantahan terhadap pengisytiharan kota suci al-Quds sebagai ibukota rejim Zionis oleh presiden Amerika.

Petugas-petugas Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan bahawa 121 orang cedera ditembak dengan peluru hidup, 346 lagi ditembak dengan peluru getah, sementara 1,239 yang lain cedera sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata.

Manakala seramai 43 orang luka dan cedera dipukul oleh tentera Zionis. Sementara sembilan penduduk Gaza cedera dalam serangan udara ke ats wilayah yang terkepung itu.

Perhimpunan bantahan besar-besaran dilancarkan di seluruh wilayah Palestin bagi membatah pengumuman Presiden Amerika Donald Trump bahawa al-Quds adalah ibukota negara haram Zionis dan keputusan beliau untuk memindahkan kedutaannya ke kota suci umat Islam itu.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts