Haneyya: Gaza “di ambang ledakan”

GAZA, 6 Mac 2018 — Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya, memberi amaran bahawa wilayah Gaza yang terkepung kini berada di ambang ledakan berikutan krisis kemanusiaan yang sangat meruncing.

“Gaza kini menjadi seperti sebuah gunung berapi yang bersedia untuk meletus, tetapi tidak siapa tahu kesan letusan itu ke atas wilayah ini,” kata beliau selepas satu mesyuarat bersama pemimpin kelompok-kelompok Palestin di Gaza hari ini.

Mesyuarat tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dan rundingan di kalangan kelompok-kelompok kebangsaan, bagi berhadapan dengan tempoh perit yang sedang dilalui oleh penduduk Palestin.

Bulan lalu, Ismail bersama delegasi Hamas berkunjung ke Mesir selama tiga minggu untuk membincangkan isu-isu penting termasuk krisis kemanusiaan di Gaza dan proses perdamaian antara kelompok-kelompok Palestin, serta hubungan dua hala dengan Mesir.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts