Haniyeh Puji Fatah Henti Rundingan Dengan Israel

4 Okt, Gaza – Perdana Menteri Gaza Palestin, Ismail Haniyeh mengatakan semalam (3/10) bahawa perbincangan mendatang antara gerakan Fatah dan Hamas akan menjadi “ujian yang nyata untuk rekonsiliasi.”

“Keseriusan perkembangan untuk mencapai hasil perbincangan  tentang masalah keselamatan akan mengorak  satu langkah kehadapan dalam menandatangani dokumen Mesir dan ianya akan menjadi dasar bagi pelaksanaan yang lebih  praktikal menerusi perjanjian tersebut,” kata Haniyeh.

“Namun, kami memberi amaran bahawa sebarang kelewatan dalam perundingan baru yang telah dijadualkan pada minggu hadapan akan mencetuskan reaksi  negatif, yang kita tidak inginkan.” Kata Haniyeh lagi.

Setelah para pegawai dari kedua-dua belah pihak bertemu di Damsyik minggu lalu, ahli parti mengatakan tiga dari empat cadangan yang ditidak dipersetujui dalam cadangan dokumen Mesir yang  telah menyebabkan Hamas enggan menandatangani perjanjian itu, telah selesai. Perbincangan dijadualkan untuk minggu depan dan akan merangkumi pakar keselamatan dari kedua-dua belah pihak dalam usaha untuk mencapai konsensus akhir.

Haniyeh memuji keputusan Jawatankuasa Eksekutif PLO untuk menghentikan perundingan, “yang harus diikuti dengan langkah-langkah lain untuk mengesahkan bahawa tindakan mereka itu adalah konkrit dan benar dalam polisi politik mereka dan menyokong agenda kita bersama dan diharapkan tindakan mereka bukan sebuah tindakan taktikal politik.”

Beliau menambah: “Sikap kita terhadap perundingan adalah jelas, kami menolak untuk bergantung pada rancangan Amerika.”

Haniyeh juga menyeru Pihak Palestin untuk menamatkan sebarang penangkapan bermotifkan politik. (mn)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts