Haniyya: Palestin Tetap Milik Warga Palestin

12 Dis – Perdana Menteri Palestin kerajaan pimpinan Hamas di Gaza, Ismail Haniyya, menyatakan pada hari Rabu yang lalu bahawa Palestin adalah milik warga Palestin dan akan tetap kekal untuk warga Palestin, dari sungai ke laut, dan bahawa warga Palestin akan sentiasa mempertahankannya.

Kenyataan Haniyya adalah sempena meraikan tahun ke 22 kelahiran Hamas di Gaza City.

Ribuan orang berbaris di jalan-jalan Gaza meraikan ulang tahun Hamas dan menyatakan sokongan kepada kerajaan terpilih, dipimpin oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyya.

Bercakap kepada warga Palestin, Haniyya mengatakan bahawa, insya Allah, Hamas akan merayakan ulang tahun berikutnya di Baitulmuqaddis, dan menambah bahawa bangsa Palestin, generasi ke generasi, akan sentiasa mencari pembebasan Palestin, dari sungai ke laut.

Warga Palestin menunggang kuda, memandu kereta dan bermotorsikal, berbaris dari bahagian utara Semenanjung Gaza menuju ke rumah Allahyarham pemimpin Hamas Kitab Suci, Ahmad Yassin, dan kemudian berjalan menuju ke rumah pemimpin Hamas Mahmoud Zahhar dan Ismail Haniyya, sebelah barat bandar Gaza, dan kemudiannya menuju ke Syeikh Radwan  dimana lokasi utama sambutan program diadakan.immec

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts