Hapus penjajahan Zionis satu-satunya jalan keamanan – Setiausaha Agung PBB

BEIT LAHM, 30 Jun 2017 (Maan) — Dalam satu forum selama dua hari anjuran PBB yang berakhir hari ini, Setiausaha Agung badan dunia itu, Antonio Guterres menyeru supaya rejim Zionis menghentikan penjajahan ke atas Tebing Barat, al-Quds Timur, Gaza dan Bukit Golan kerana langkah tersebut merupakan satu-satunya jalan untuk mencapai hak hakiki penduduk Palestin.

Dengan menegaskan bagaimana kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Palestin, Guerres menyatakan kesedihan melihat penduduk Palestin dari generasi ke generasi membesar dalam kem-kem pelarian yang padat, dengan kemiskinan dan tanpa sebarang peluang untuk anak-anak mereka hidup dengan lebih baik.

Manakala Timbalan Setiausaha Agung PBB, Amina Muhammad, dalam forum tersebut menyebut bahawa masyarakat antarabangsa telah sekian lama gagal membantu untuk mendapatkan penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap isu penduduk Palestin yang dipinggirkan itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts