Ringkasan

Hillary Kecam Israel

28Feb, Jerusalem  РMenteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton mendesak Israel agar tidak lagi menghalang bantuan ke Jalur Gaza. AFP memetik salah satu laporan akhbar di negara Yahudi itu yang menyebut Hillary akan mengemukakan masalah itu dalam kunjungannya minggu hadapan.

Utusan Timur Tengah Amerika Syarikat, George Mitchell, dijangka akan mengeluarkan kenyataan keras tentang situasi Gaza ketika dia berkunjung ke Israel menjelang lawatan Hillary, menurut petikan akhbar Haaretz.

“Israel tidak melakukan sebarang usaha yang cukup untuk memperbaiki situasi kemanusiaan di Gaza,” kata surat khabar itu yang memetik dari kenyataan pejabat Amerika Syarikat.

“Amerika Syarikat berharap Israel akan melaksanakan komitmen-komitmennya mengenai masalah ini,” ungkap kenyataan dari pejabat tersebut.

Hillary menyampaikan pesanan kepada Israel mengenai masalah bantuan itu minggu lalu, dan para pembantu kanannya juga menjelaskan masalah-masalah yang akan menjadi fokus kunjungannya ke Israel pada Selasa depan.

Senator Amerika Syarikat, John Kerry pada minggu lalu telah menyaksikan secara langsung kesulitan dan kesukaran berkaitan dengan pengiriman pasukan bantuan yang kritikal ke Gaza. Daerah itu hingga kini masih berada di bawah sekatan Israel sejak Hamas menguasai wilayah itu pada Jun 2007.

Ketika berkunjung ke Gaza, Kerry mendapati bahawa trak-trak yang memuatkan bantuan makanan dilarang untuk memasuki Gaza.(ant/fn)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts