Hospital Gaza dilanda krisis bekalan minyak

GAZA, 28 Nov 2016 (IMEMC) — Kementerian Kesihatan di Gaza memberi amaran bahawa hospital dan pusat rawatan di wilayah yang dikepung itu sedang dilanda krisis bekalan elektrik yang kritikal sehingga mengancam nyawa pesakit kerana bekalan minyak hanya akan bertahan untuk tempoh lima hari.

Hospital dan pusat rawatan di Gaza masih tidak mendapat bekalan minyak bagi menghidupkan jenerator elektrik walaupun pelbagai pihak telah berjanji untuk membantu.

Dengan bekalan elektrik yang tidak stabil dan dicatu secara berjadual di seluruh Gaza, hospital terpaksa bergantung kepada jenerator elektrik dan memerlukan bekalan minyak sebanyak 420,000 liter sebulan untuk beroperasi selama lapan jam setiap hari.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts