Hospital Gaza Kehabisan Ubat, Akan Tangguh Pembedahan Kritikal

GAZA, 2 Jan 2018 — Kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza semalam menyebut bahawa rawatan pembedahan dan perkhidmatan kecemasan di hospital-hospital Gaza mungkin akan ditangguhkan mulai beberapa hari lagi kerana masalah kehabisan bekalan ubat dan kit pembedahan serta kelengkapan perubatan dan juga bahan-bahan makmal.

Beberapa hari lalu, syarikat-syarikat perkhidmatan pembersihan yang beroperasi untuk hospital-hospital Gaza melancarkan mogok kerana dipotong bayaran oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) selama empat bulan berturut-turut.

Penduduk Gaza terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun untuk menjalani pembedahan kritikal kerana bekalan ubat dan ubat bius dihalang masuk oleh rejim Zionis. Mereka juga berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan surat rujukan dari PA di Ramallah untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts