Ibu Bersama Empat Anaknya Dibunuh Tentera Udara Zionis

GAZA, 25 Ogos 2014 (IMEMC) — Keluarga Juda’ yang tinggal di Tal al-Zatar di timur Jabaliya merupakan mangsa terkini keganasan tentera Zionis. Mereka adalah keluarga ke-89 yang menjadi sasaran pembunuhan seluruh keluarga di Gaza.

Dalam kejadian lewat petang semalam itu, seorang anak keluarha Juda’ terselamat namun mengalami kecedaraan yang teruk. Thaer Juda’, seorang kanak-kanak lelaki, kini sedang dalam keadaan kritikal di Hospital Al Shifa.

Keluarga berkenaan dilaporkan sedang berada di dalam rumah apabila serangan berlaku, di mana mereka tidak mendapat sebarang amaran awal. Ibu keluarga, Tsaneem Essam Juda’, dipanggil pulang menemui Pencipta Yang Maha Pemurah bersama-sama anaknya Rawiya Juda’, Raghad Juda’, Osama Juda’ dan Mohammad Juda.’ Anggota badan mangsa tersebut dilaporkan berkecai akibat leputan serangan yang begitu dahsyat.

Terkini, seramai 2,120 penduduk Gaza terkorban dan 10,854 lagi tercedra sejak serangan bermula 7 Julai lalu. Menurut PBB, sekurang-kurangnya 75% daripada mangsa tersebut adalah penduduk awam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts