Ibu dipenjara 6 bulan

Jenin, 9 April 2009 – Mahkamah tentera Israel di Salem telah menangkap Nawal Saadi, seorang wanita Palestin dari sebuah kem pelarian di Jenin, dan menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak dua ribu shekels [1 shekel bersamaan 0.2 US dollar.] Ibu kepada 6 orang anak ini telah ditangkap di rumahnya di kem pelarian Jenin.

Menurut kenyataan peguamnya, mahkamah tersebut telah menolak rayuan untuk membebaskan Nawal walaupun beliau mempunyai masalah kesihatan di samping kedudukan beliau sebagai penyara utama kepada anak-anaknya kerana suaminya telah juga ditangkap oleh rejim pengganas Israel.

10 orang ahli keluarga Nawal kini berada dalam tahanan Israel. Suaminya, Sheikh Bassam Saadi sedang menjalani hukuman tahanan selepas dinafikan pembebasan setelah menamatkan hukuman selama 5 tahun. Dia dipenjara tanpa sebarang dakwaan.

Dua daripada anaknya, Ibrahim dan Abdul Karim telah dibunuh oleh askar Israel. Bapa Nawal beserta abangnya juga dipenjarakan. Abang kepada Nawal, Sheikh Mahmoud Saadi, telah dijatuhkan hukuman penjara selama 40 bulan. Manakala kakak iparnya sedang menjalai hukuman penjara Israel seumur hidup.

Peguam Nawal mendakwa bahawa hakim telah bersikap arbitrari dan tidak adil, lebih-lebih lagi kerana anak guamnya tidak mendapat sebarang rawatan semasa dalam tahanan. Suaminya adalah salah seorang dari pemimpin pergerakan Jihad Islam. Dua minggu kepas, hukuman ke atas suaminya dilanjutkan buat kali ketiga.  [HP/IMEMC/PNN]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts