GAZA, 9 Ogos 2018 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengesahkan seorang ibu yang sedang hamil serta anak perempuannya yang berumur 18 bulan maut dalam serangan tentera Zionis ke atas Gaza malam tadi.

Enas Mohammad Abu Khammash, 23, yang sedang hamil sembilan bulan dan anak perempuannya Bayan Abu Khammash, 18 bulan, terbunuh dalam rumah mereka di kawasan al-Ja’farawi di wilayah tengah Gaza. Serangan tersebut juga mencederakan suami beliau, Mohammad Khammash.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 12 penduduk Gaza cedera dan seorang terbunuh diserang oleh tentera Zionis.

(IMEMC)

SHARE