Ibu pejabat TV al-Aqsa musnah diserang jet tentera Zionis

GAZA, 12 Nov 2018 — Jet-jet tentera Zionis petang tadi menyasarkan ibu pejabat TV al-Aqsa di barat Kota Gaza, menyebabkan bangunan tersebut musnah sama sekali dan beberapa buah rumah berdekatan rosak teruk.

Terdahulu, tentera Zionis memberi amaran kepada TV al-Aqsa supaya tidak menyiarkan rakaman video serangan ke atas sebuah bas yang membawa anggota mereka, namun agensi tersebut enggan akur.

Pesawat-pesawat peninjau melepas beberapa roket sebelum jet F16 memusnahkan bangunan tersebut dengan sekurang-kurangnya tiga roket.

Penghuni bagaimanapun telah mengosongkan rumah mereka sebelum kejadian.

Sementara itu, sebuah rumah dua-tingkat milik keluarga Dahair di kota Rafah dan rumah keluarga al-Breem di kota Khan Younis turut musnah diserang.

Berikut adalah kronologi perkembangan pukul 7:30 waktu Gaza:

12:40 – Seorang pendatang Yahudi mati dan puluhan lain cedera akibat serangan yang dilancarkan oleh pejuang Palestin ke Asqalan.

12:00 – TV al-Aqsa menyiarkan gambar operasi serangan ke atas sebuah bas membawa tentera Israel di Jabalia Timur, menggunakan roket anti-kereta kebal jenis Kornet.

11:47 – Tentera Zionis melancarkan serangan ke atas pos polis Palestin di Jalan Rashid, Zawayidah Barat. Tiada korban dilaporkan.

11:41 – Jet perang Zionis menggempur gerai-gerai nelayan di pelabuhan Gaza.
Jet perang Zionis menghancurkan hotel al-Amal dengan serangan roket.

11:30 – Jurucakap Briged al-Qassam, Abu Ubaidah: Dewan Koordinasi Bersama Pejuang Palestin mengadakan rundingan untuk memperluas sasaran serangan roket ke wilayah Zionis, mulai dari Asqalan.

11:30 – Jurucakap Briged al-Qassam, Abu Ubaidah: Sekitar 1 juta Yahudi berada dalam jangkauan roket pejuang Gaza, jika tentera Zionis melancarkan serangan.

11:20 – Hotal al-Amal di Gaza Barat menjadi sasaran serangan roket yang dilancarkan dari pesawat peninjau Zionis, dan menghancurkannya sama sekali.

11:10 – Media Lubnan: Serangan ke atas ibu pejabat TV al-Aqsa merupakan tindakan keganasan dan tidak bermoral.

10:45 – Jet tentera Zionis Israel menggempur kebun pertanian di kawasan Zanah di kota Bani Suhaila, Khan Younis Timur, Gaza Selatan.

10:27 – Wakil Menteri Pendidikan, Ziyad Tsabit, mengumumkan semua institusi pendidikan ditutup pada hari Rabu berikutan serangan tentera Zionis yang semakin meningkat.

10:25 – Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum: Serangan tentera Zionis ke atas Gaza yang menghancurkan rumah, pejabat dan agensi media telah melanggar batas, dan menegaskan serangan akan dibalas sesuai dengan kejahatannya.

10:20 – Media Zionis, Maarev: Sebuah rumah rosak teruk di Asqalan akibat serangan roket dari Gaza, dua orang cedera.

10:19 – Media Zionis, Wa La: Serangan roket terbaru dari Gaza menyasar penempatan haram Yahudi di sekitar kawasan sempadan Gaza.

10:18 – Media Zionis, Yisrael Hayom: 300 roket dilancarkan dari Gaza.

10:10 – Pesawat peninjau Zionis menggempur sebuah rumah di Jalan Uyun, Gaza Barat dengan empat serangan roket.

09:35 – Jet perang Zionis menggempur sebuah rumah milik keluarga Abu Naji di kawasan Syanti, Gaza Barat.

09:32 – Siaran TV al-Aqsa kembali beroperasi, beberapa minit setelah ibu pejabatnya dimusnahkan.

09:24 – Media Palestin: Serangan ke atas ibu pejabat TV al-Aqsa merupakan kejahatan dan kebodohan Zionis, menyebabkan para wartawan makin bersemangat membongkar kejahatan rejim penjajah.

09:14 – Pengarah TV al-Aqsa: Siaran akan kembali beroperasi dalam beberapa minit lagi, kami akan tetap menjadi duri di leher penjajah.

09:10 – Tentera Zionis musnahkan sepenuhnya ibu pejabat TV al-Aqsa, dengan serangan sejumlah roket dari jet perang F16.

09:05 – Tentera Zionis menyerang ibu pejabat TV al-Aqsa menggunakan roket dari pesawat pengintip dengan tiga kali serangan.

08:59 – Media Zionis, Chanel 7: Mesyuarat keselamatan di pejabat Netanyahu telah tamat, dan keputusan diambil untuk melancarkan operasi tentera ke Gaza.

08:55 – Ibu pejabat TV al-Aqsa sekali lagi menjadi sasaran serangan roket kedua dari pesawat pengitai Zionis.

08:50 – Ibu pejabat TV al-Aqsa menjadi sasaran serangan roket kedua dari pesawat pengitai Zionis.

08:45 – Jurucakap Jihad Islami, Musab Barim: Tidak akan terjadi gencatan senjata dengan mengorbankan rakyat dan tanah Palestin, perlawanan akan membalas serangan tentera Zionis.

08:37 – Sebuah rumah menjadi sasaran serangan di timur Khan Younis, menggunakan 3 roket dari pesawat pengintip dan jet perang Zionis.

08:30 – Ibu pejabat TV al-Aqsa dikosongkan, beberapa saat setelah mendapat ancaman serangan dari tentera Zionis.

08:15 – Tentera Zionis mengakui seorang anggotanya cedera parah dalam serangan ke atas kenderaan di timur Jabalia.

08:03 – Dewan Koordinasi Bersama Pejuang Palestin: Operasi serangan ke atas bas yang membawa tentera Zionis di Jabalia Timur, menggunakan roket jenis Kornet berhasil dirakam dan akan disiarkan dalam beberapa jam akan datang.

07:53 – Jet perang Zionis melancarkan serangan baru ke Rafah Barat, Gaza Selatan.

07:50 – Fakulti Teknikal di Kolej Tal al-Hawa rosak teruk akibat serangan tentera Zionis ke kawasan sekitarnya, namun meneruskan sesi pendidikan.

07:45 – Dewan Koordinasi Bersama Pejuang Palestin: Mujahidin berhasil menyerang sebuah bas yang membawa tentera Zionis di kawasan Ahrasy, Jabalia Timur, menggunakan roket jenis Kornet, yang menyebabkan seorang terbunuh dan beberapa yang lain tercedera.

(PIC, IMEMC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts