ILO: Gaza catat rekod pengangguran tertinggi

GAZA, 19 Mac 2019 — Kenyataan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) semalam menyebut bahawa Gaza mencatat kadar pengangguran dan kemiskinin yang paling tinggi dalam sejarah moden.

Pengarah ILO, Mounir Kleibo, menyatakan hal tersebut ketika melawat Gaza selama dua hari dalam misi mengumpul fakta pencabulan rejim Zionis di wilayah yang terkepung itu. Pasukan tersebut bertemu dengan wakil-wakil dari Persatuan Perkerja Palestin, sektor awam dan swasta dan juga Tabung Kejajikan Sosial.

Gaza dikepung oleh rejim Zionis dan sekutunya sejak 12 tahun lalu. PBB sebelum ini mengeluarkan amaran bahawa Gaza tidak lagi sesuai untuk didiami menjelang tahun 2020.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts