Imam Masjid Al Aqsa Mengutuk Usaha Israel Menghalang Armada Bantuan Kemanusiaan Memasuki Gaza

Imam Masjid Al Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sneinah dalam khutbah Jumaatnya (29/5) mengutuk sikap Zionis Israel yang mengancam sekatan terhadap usaha armada Bantuan Kemanusiaan terbesar yang saat ini sedang berada di tengah Lautan Mediterranean berhampiran perairan Cyprus.Seterusnya beliau menyeru untuk agar ditamatkan pengepungan yang tidak adil terhadap Jaluran Gaza yang telah dilakukan oleh regim Yahudi Israel.

Syeikh Yusuf Abu Sneinah mengatakan bahawa: “Kami bangsa Arab dan umat Islam seharusnya menyatukan usaha untuk menghentikan pengepungan yang telah dikenakan pada saudara-saudara kita di Jalur Gaza, malahan pengepungan tersebut tidak boleh diterima secara rasional oleh mana-mana pegangan agama atau undang-undang dunia.”

Dengan tegas Imam Masjid Al Aqsa ini juga mendesak Israel menghentikan sikap sombong dan bongkak atas apa yang telah mereka lakukan terhadap Gaza kerana tindakan kejam mereka telah membunuh orang awam, menyebabkan lebih ramai warga Gaza menjadi pelarian dan menderita kelaparan. (pi)



LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts