Ingin Menyumbang?

Anda boleh menyumbang bantuan kewangan melalui

Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528

Kewajipan (terhadap rakyat Palestin) pada ketika ini adalah, seluruh pihak memberikan bantuan bagi memenangkan saudara mereka, dan menyelamatkan mereka. Setiap orang dengan kemampuan masing-masing. Menghulurkan bantuan persenjataan, bekalan makanan, modal, harta, pakar-pakar, dan menyahut permintaan mereka dengan secepat mungkin, lebih-lebih lagi di saat genting.

Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi, Ketua Persatuan Ulama Sedunia

 

Bagaimana Sumbangan Anda Akan Disampaikan ke Palestin?

HALUAN bekerjasama erat dengan NGO tempatan dan antarabangsa dalam menjayakan projek-projek dan kempen bantuan.

Demi menjaga kepentingan ahli, masyarakat dan negara, HALUAN sentiasa menghormati pandangan dan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri dan juga Wisma Putra dalam mana-mana misi bantuan. HALUAN juga memastikan undang-undang antarabangsa dan negara berkenaan dihormati sepenuhnya, agar semua amanah masyarakat Malaysia yang dipikul dapat ditunaikan dengan sempurna.

InsyaALlah, HALUAN dengan kerjasama dari pihak kerajaan dan rakan-rakan NGO prihatin yang lain akan terus menyumbang kepada usaha pemulihan dan pembelaan rakyat Palestin melalui projek-projek keperluan strategik dan jangkamasa panjang, termasuk untuk pelarian Palestin yang berada di luar negara seperti Jordan, Syria, Lubnan dan Iraq.

Semua projek bantuan jangka panjang yang dipersetujui oleh HALUAN dan Al-Sarraa Foundation, iaitu sebuah NGO yang ditubuhkan dan diuruskan oleh para aktivis Robitah Ulamak Palestin, dibuat melalui saluran rasmiĀ kerajaan Palestin di Gaza yang mensyaratkan semua bantuan dari luar membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri Palestin. Oleh itu, sebahagian besar daripada projek-projek tersebut dijalankan melalui kerjasama Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin di Gaza.

 

Sumbangan-sumbangan lain.

Sumbangan artikel atau menyatakan pandangan, sila email ke:

admin@haluanpalestin.org