InsyaAllah Kami Akan Tiba Di Gaza, Walaupun Dengan Berenang!

ISTANBUL, 23 Mei “Meskipun diancam oleh Israel, kami tetap akan berusaha menuju ke Gaza, walaupun kami terpaksa harus berenang ke pantai. Begitulah ungkapan luarbiasa yang disampaikan oleh wakil LL4G dari kawasan Asia Tenggara, Noorazman Mohd Shamsuddin dari HaluanPalestin Malaysia, saat upacara besar melepaskan keberangkatan kafilah kapal kemanusiaan Lifeline for Gaza di dermaga Sarayburnu, Istanbul, siang tadi (22/5). Beliau memberikan ucapan sambutan mewakili masyarakat Malaysia dan Indonesia. Di hadapan ribuan hadirin Noorazman mengatakan, bahawa rakyat Malaysia dan Indonesia telah menyatakan perasaan bencinya kepada sekatan ini dengan memberikan infaq, melakukan demonstrasi, serta memberi dukungan penuh bagi kafilah kemanusiaan ini.

Noorazman mendoakan agar berkah Allah terlimpah kepada harta mereka yang telah mendukung kafilah kemanusiaan ini.

“Saya berdiri di sini mewakili lebih dari 50 organisasi masyarakat besar di Malaysia dan Indonesia yang jumlah penduduknya hampir 300 juta manusia,” katanya dalam bahasa Inggeris. Noorazman menegaskan, kerana besarnya amanah itu, maka tekad mereka untuk menyampaikan amanah itu pun sangat besar. Meskipun diancam oleh Israel, mereka akan berusaha mencapai Gaza, walaupun kami terpaksa harus berenang ke pantai.”

Diantara yang memberikan sambutan saat upacara besar melepas keberangkatan kafilah kapal kemanusiaan Lifeline for Gaza di dermaga Sarayburnu, Istanbul, itu juga adalah Syeikh Raid Salah, ulama Palestin yang sudah berkali-kali dipenjara dan disiksa oleh Israel.

Syeikh Ra’id akan ikut serta dalam kafilah kapal kemanusiaan ini. Dalam sambutannya, Syeikh Ra’id meminta izin kepada yang hadir khususnya ribuan warga Turki, untuk menyampaikan kepada para anak yatim, janda-janda, orang cacat, orang sakit, dan seluruh warga Gaza, bahawa mereka tidak sendirian akibat sekatan oleh Israel dan Amerika Syarikat.

“Tunggulah wahai saudara-saudaraku warga Gaza, kami akan datang menemani kalian yang sedang tertimpa kezaliman!” teriak beliau dengan penuh semangat. (Sahabatalaqsha.com/DP,SS,SF)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts