Intifadah berjaya halang lebih separuh pengunjung Yahudi daripada memasuki al-Quds

AL-QUDS, 8 Jun 2016 (PIP) — Sebuah kajian media Zionis mendapati lebih separuh daripada masyarakat Yahudi yang merancang untuk melawat al-Quds sepanjang tahun lalu terpaksa membatalkan rancangan mereka kerana takut terhadap aksi intifadah.

Kajian yang dijalankan oleh Smit Israel dan disiarkan oleh agensi Walla itu mendapati 57% warga Yahudi enggan berkunjung ke al-Quds kerana bimbang berlaku serangan ketika mereka berada di sana. 94% daripada Yahudi yang takut memasuki kota al-Quds adalah wanita.

Agak mengejutkan, 85% daripada pendukung parti pelampau Israel Beuteneu yang dipimpin oleh Avigdor Leiberman membatalkan kunjungan mereka ke al-Quds.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts