Israa dijatuhi hukuman penjara 6 bulan

NAZARETH, 13 Julai 2016 (PIC) — Mahkamah Agung Zionis di kota Nazareth menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas wanita muda Palestin, Israa al-Abed.

Israa disabit bersalah cuba membunuh dengan membawa sebilah pisau berdekatan sekumpulan tentera Zionis pada bulan Oktober 2015.

Beliau juga dikenakan denda sebanyak 1,500 shekel (RM1,540).

Israa cedera ditembak dengan peluru hidup ketika ditangkap oleh pengawal sempadan Zionis di setesen bas Afula pada 9 Oktober 2015 selepas dituduh menghayun pisau berdekatan sekumpulan tentera.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts