Israel & Amerika Merterai Perjanjian Bina Perisai Tercanggih

Jerusalem, 26 Julai 2010 – Israel dan Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk membina perisai balistik Arrow II yang mampu menembak jatuh peluru berpandu di dataran yang lebih tinggi, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Israel pada hari Ahad (25/7).

Arrow III akan membolehkan Israel “menangani ancaman peluru berpandu balistik dengan jarak jauh” dan akan memberi “kemampuan untuk menembak jatuh senjata pemusnah besar-besaran di luar atmosfera,” kata kementerian itu dalam sebuah pernyataan.
Israel menjelaskan bahawa sistem Arrow adalah sebagai persiapan pertahanan mereka terhadap ancaman Iran.  Amerika Syarikat, sekutu  baratnya dan Israel mengesyaki program nuklear awam Iran direka untuk menghasilkan bom nuklear. Namun Teheran telah menyangkal dakwaan tersebut.

Arrow dihasilkan secara usahasama  oleh syarikat milik kedua Negara, iaitu Israel Aerospace Industries dan syarikat Amerika Boeing Co dan telah melibatkan  hampir  $ 1 bilion dana dari AS sejak awal tahun 1988 lagi. (Reuters/Haaretz)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts