Israel arah keluarga Palestin kosongkan rumah mereka di Baitul Maqdis

Baitul Maqdis, 14 April 2009 – Tentera Zionis Israel mengarahkan dua keluarga Palestin yang tinggal di timur Baitul Maqdis supaya mengosongkan rumah mereka dalam rangka menyerahkan rumah-rumah tersebut kepada kumpulan pelampau Yahudi.

Agensi berita rasmi Palestin (WAFA) melaporkan bahawa keluarga Al-Ghawi dan Hanoun telah menerima notis daripada tentera Israel, mengarahkan mereka untuk meninggalkan rumah masing-masing dalam tempoh 30 minit.

Sumber-sumber Palestin menyatakan bahawa kedua-dua buah rumah tersebut adalah merupakan antara 28 buah rumah lain dalam daerah kejiranan Sheikh Jarrah di Baitul Maqdis yang diancam untuk dirampas oleh tentera Israel.

Sementara itu Agensi Berita Ma’an melaporkan tentera Zionis Israel telah menahan seorang lelaki Palestin, Muhammad Rajeh Bazzur, 27 tahun, di  perkampungan Al Matalleh di Jenin dan memecah masuk beberapa buah rumah di beberapa kampung lain yang berdekatan, termasuk Jalqamus, Deir Abu Da’if dan Al-Mughayyir.

Tindakan tentera Israel tersebut menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa tidur di tepian jalan, memandangkan tentera Israel hanya meninggalkan daerah tersebut menjelang waktu subuh. [HP/Ramattan/Ma’an]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts