‘Israel bersiap untuk serangan besar-besaran di Gaza’

Sabtu, 7 Mac 2009. Israel sedang membuat persediaan untuk melancarakan serangan ‘besar-besaran’ ke atas Jaluran Gaza selepas membunuh ratusan penduduk Palestin dalam serangan sebelum ini, menurut satu laporan.

“Tentera Israel sedang membuat persediaan untuk melaksanakan satu serangan yang lebih besar dan lebih ganas pada bila-bila masa,” lapor agensi berita Palestin, Ma’an pada hari Jumaat yang memetik sumber berita Israel.

Ahad lepas, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert bersumpah akan melakukan ‘tindakbalas yang memeritkan’ terhadap serangan roket buatan sendiri yang gagal dihentikan oleh Israel walaupun telah menyerang Jaluran Gaza selama 23 hari.
Dengan menuduh gerakan penentangan Palestin Hamas yang bertanggungjawab terhadap serangan yang dilancarkan oleh pelbagai faksi bersenjata Palestin, Israel menyerang kawasan yang padat penduduk di kawasan pantai Jaluran Gaza dari 27 Disember hingga 18 Januari menggunakan “depleted uranium” dan bom fosforus putih.

Serangan Israel mengorbankan 1,330 orang penduduk Palestin dan mencederakan 5,450 yang lain — kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Ancaman serangan terbaru pada hari Jumaat tersebut bertitik tolak daripada kenyataan Perdana Menteri Israel yang akan berundur, Ehud Olmert pada minggu lepas tentang serangan roket yang “akan dibalas dengan tindakan balas yang memeritkan, kasar, keras dan tanpa kompromi daripada pihak keselamatan.” [presstv/terjemahan:HALUANPalestin]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts