Israel Bimbang Situasi di Timur Tengah, Mohon Bantuan Dana Tambahan Dari Amerika

Kerajaan Israel merancang untuk menemui kerajaan Amerika Syarikat bagi  merayu bantuan tambahan ketenteraan berjumlah US20b untuk “menempuh era perubahan baru di Timur Tengah”.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan bahawa adalah penting bagi Israel untuk meningkatkan anggaran militer di negara itu kerana perubahan terbaru di Timur Tengah yang menyebabkan tumbangnya regim diktator di Tunisia, dan yang terkini rejim Hosni Mubarak di Mesir.

Kenyataan Netanyahu turut disokong dan diulas oleh Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak.

Israel Yedioth Aharonoth melaporkan pada Selasa (8/3) bahawa Barak mengatakan sedemikian kepada Wall Street Journal. Barak merasakan Israel harus memiliki lebih banyak sokongan ketenteraan untuk menghadapi potensi ancaman yang mungkin akan terjadi di masa yang akan datang.

Barak mengatakan bahawa Amerika Syarikat perlu memberikan Israel US20 bilion sehingga Israel dapat melindungi status keselamatan dan keunggulan ketenteraannya.

Menteri Pertahanan Israel juga turut mengatakan bahawa dalam kepentingan AS dan kepentingan Tel Aviv, bantuan kewangan tersebut amat perlu.

Beberapa media Israel sebelum ini melaporkan bahawa Perdana Menteri sementara Mesir, Dr. Ir. Isam Sharaf  yang baru dilantik digambarkan sebagai seorang “musuh Israel”..

Mereka mendakwa bahawa Dr. Ir. Sharaf adalah dikenali sebagai “anti-Israel”, menentang dasar Israel terhadap rakyat Palestin dan bersikap anti-Semitisme dengan memilih anti-Semit lain, iaitu Menteri Luar Negeri yang baru, Nabil Al Arabi “.

Menurut beberapa laporan Israel, Dr. Ir. Sharaf dan kerajaan barunya “menimbulkan ancaman terhadap Israel dan kepentingan, khususnya dengan Mesir”. (imc/haar).

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts