Ringkasan

Israel Bina Lagi 105 Penempatan Haram di Al Quds

8 Okt, Jerusalem – Radio Israel melaporkan Penguasa Penjajah Israel (IOA), pada hari Rabu (7 Okt) lepas telah memulakan pembangunan 105 unit perumahan baru berhampiran Jabal Al Mukabir, Al Quds (Jerusalem).

Radio Israel itu menambahkan lagi bahawa upacara peletakan batu asas akan diselenggarakan untuk fasa kedua pembangunan pemukiman Yahudi ini. Pada fasa pertama, 91 unit perumahan telah selesai dibina. Siaran radio itu memberitakan bahawa ribuan pemukim Yahudi bersama-sama dengan para menteri, para anggota Parlimen Israel serta para rabi Yahudi akan menghadiri upacara itu.
Sementara itu, pasukan penjajah Israel (IOF), pada Selasa malam hingga fajar Rabu lepas telah melancarkan aksi penangkapan berskala besar di pelbagai kawasan di Al Quds dan menagkap sepuluh orang pemuda Palestin.
Sumber-sember setempat mengatakan bahawa tentara IOF dan polis Israel dengan berpakaian awam secara membabi buta menceroboh masuk ke rumah-rumah warga Palestin, sehingga menyebabkan ketakutan kepada anak-anak dan wanita.

Pada hari Selasa lepas, polis penjajah Israel telah menangkap 15 orang pemuda Palestin di Mount of Olives, Al Quds, dengan tuduhan bahawa mereka merancangkan intifada yang ketiga.
Sumber-sumber setempat mengatakan bahawa para tentara IOF pada Rabu lepas telah menahan 20 orang Palestin di pelbagai tempat di Tebing Barat untuk disoalsiasat. PIC/ EZ

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts