Israel Dilaporkan Bersedia Menghentikan Kegiatan Penempatan Haram Mereka

24 Nov – TV Israel, Channel One, melaporkan bahawa Israel bersetuju untuk membekukan semua kegiatan penempatan, kecuali di Baitulmuqaddis, selama 10 bulan.

Laporan TV itu menambah bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan membentangkan masalah ini kepada menteri-menteri untuk kelulusan.

Sementara itu, wartawan Israel Yedioth Aharonoth melaporkan bahawa Penasihat Perundangan Israel sedang menyediakan draf laporan ke arah proses pembekuan kegiatan penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki, kecuali di wilayah penaklukan Baitulmuqaddis Timur.

Pembekuan itu dilakukan adalah untuk memudahkan perbincangan perdamaian dengan Palestin, tetapi Baitulmuqaddis merupakan sebahagian daripada wilayah-wilayah pendudukan dan Palestin menuntut agar kegiatan penempatan di Baitulmuqaddis juga dibekukan.
Akhbar itu juga  melaporkan bahawa pegawai senior Amerika, yang diketuai oleh Presiden Barack Obama, dan Utusan Amerika di Timur Tengah, George Mitchell telah dimaklumkan tentang perkembangan terbaru ini dan kesediaan Israel untuk meneruskan rundingan damai.

Sebelum ini, Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak, selama kunjungan mereka ke Amerika Syarikat bersedia untuk menghentikan semua aktiviti penempatan di Tebing Barat kecuali di Baitulmuqaddis.

Hal ini muncul selepas Israel baru-baru ini meluluskan pembinaan lebih dari 3000 buah rumah untuk para pemukim Yahudi di Tebing Barat. Israel menganggap pembangunan penempatan baru ini sebagai ‘pertumbuhan semulajadi penduduk’..

Akhbar Israel menambah bahawa Negara mereka sedar akan menghadapi kritikan keras AS, terutama setelah AS menyedarinya melalui foto udara yang menunjukan jumlah pemukiman dan tahap pengembangan penempatannya jauh lebih besar daripada apa yang dimaklumkan oleh Israel.

Pada Ahad lepas, Presiden Israel, Shimon Peres, menyatakan dalam kunjungannya ke Kaherah bahawa Israel tertarik untuk meneruskan proses perdamaian, dan bersedia untuk menghentikan kegiatan penempatan baru mereka. immec

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts