Israel Luluskan 625 Unit Penempatan Baru di Jerusalem Timur

Kerajaan haram Israel pada hari Rabu (1/12) telah meluluskan pembangunan tambahan 625 unit penempatan di Pisgat Zeev di Jerusalem Timur. Jawatankuasa Pembangunan Daerah  memutuskan untuk meluluskan rancangan pembangunan tersebut, yang pada awalnya diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri Israel lebih dari dua tahun yang lalu, tapi para pengasas projek pembinaan diminta untuk melakukan beberapa pengubahsuaian.

Semenjak pembekuan pemukiman sementara berakhir pada tarikh 25 September penduduk Israel telah memulakan pembinaan lebih daripada 1,300 unit di pemukiman Baitulmuqaddis Timur, dan 1,000 unit lagi  di Tebing Barat. (imo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts