Israel Melelong Tanah Milik Warga Palestin Yang Di Rampas

Regim Zionis Israel menjual tanah-tanah milik warga Palestin yang dirampas ketika pengusiran warga Palestin pada tahun 1948. Badan Organisasi hak asasi manusia yang dikenali sebagai ADALAH   mengecam tindakan Israel yang telah menjual hak milik para pelarian Palestin itu.

Menurut badan hak asasi manusia tersebut, tindakan itu bukan hanya melanggar peraturan antarabangsa tetapi juga undang-undang yang berlaku di Israel sendiri. “Menjual harta milik warga Palestin adalah bentuk pelanggaran terhadap hak pelarian yang dipaksa meninggalkan tanah air mereka oleh Israel.” demikian kenyataan Biro Perundangan ADALAH.

ADALAH memaparkan data lembaga Pentadbiran Pertahanan Israel yang mencatat pelelongan tanah-tanah milik para pelarian Palestin oleh Kerajaan Israel. Menurut data lembaga itu, tahun 2007 tercatat 96 pelelongan tanah milik warga Palestin, tahun 2008 sebanyak 106 pelelongan dan tahun 2009 tercatat 80 pelelongan.

Pelelongan itu merupakan bentuk pelanggaran, memandangkan belum ada jalan penyelesaian politik dalam masalah para pelarian Palestin. Selain itu, kepemilikan tanah dan rumah para pelarian Palestin itu berada di bawah status “Harta yang dilindungi kerana ketidakhadiran pemiliknya”.

“Penjualan harta milik para pelarian Palestin bertentangan dengan hukum kemanusiaan antarabangsa yang menetapkan penjajah seperti Israel menghormati hak kepemilikan peribadi dan melarang penyitaan harta milik peribadi,” demikian kenyataan ADALAH lagi.

ADALAH sudah berusaha menghentikan tindakan Israel itu dengan menghantarkan surat kepada pelbagai jabatan yang bertanggungjawab di Israel yang meminta agar Israel menghentikan pengumuman lelongan tersebut, ini kerana harta yang akan dilelong itu milik warga Palestin yang kini menjadi pelarian “paksa”. (ln/MNR/eramuslim/din)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts