Israel Membedil Warga Gaza, 4 Terbunuh

Gaza, 7 Jun – Pegawai keselamatan HAMAS dan jurucakap tentera Israel telah mengesahkan bahawa pasukan tentera Yahudi Israel pada Isnin (7/6) telah menembak mati empat warga Palestin di persisiran pantai Gaza.

Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan pembunuhan tersebut, menurut agensi berita Reuters.

Sumber-sumber dari keselamatan Hamas turut mengesahkan bahawa empat mayat warga awam tersebut telah dijumpai manakala mangsa kelima masih hilang namun dipercayai turut terbunuh.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Gaza, Ahmad Al-Ashi mengenalpasti mangsa yang terkorban sebagai Alfiri Fayiz, 21 tahun dari kem pelarian Jabaliya, Muhammad Qweidir, 34 tahun dari Bandar Gaza, Ibrahim Al-Wahidi, 25 tahun dari kawasan pelabuhan dan Hamid Thabit, 20 tahun dari kem pelarian Nusseirat. Semua mayat dihantar ke Hospital Al-Aqsa , kata Al-Ashi.

Serangan itu berlaku selepas lapan hari komando Israel menyerang armada kapal Flotilla yang membawa 700 aktivis antarabangsa dan 10,000 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang telah mengorbankan 9 aktivis. Kapal itu juga membawa aktivis dari United Kingdom, Jerman, Malaysia, Belgium, Ireland dan lain-lain Negara. (wbo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts