Israel rancang musnahkan Masjid al-Aqsa

Seorang bekas calon Kongres Amerika menyatakan bahawa objektif sebenar pihak Israel bersungguh-sungguh membina penempatan haram baru Yahudi di wilayah-wilayah Palestin adalah untuk memusnahkan Masjdi al-Aqsa. “Sudah lama saya berpendapat bahawa Israel tidak mahu lagi melihat kewujudan Masjid al-Aqsa,” kata Mark Dankof sebagaimana dipetik oleh PressTV.

“Secara dasarnya, saya percaya perluasan penempatan baru ini adalah sebahagian daripada perancangan sistematik untuk merampas seluruh al-Quds dan menggantikan… Masjid al-Aqsa dengan apa yang digelar sebagai kuil Yahudi bermodelkan kuil mereka yang termusnah pada tahun 1870,” terang Mark Dankof.

Khamis lalu, rejim pengganas Israel telah meluluskan pembinaan baru untuk 1,600 unit penempatan haram Yahudi di Timur Al-Quds. Israel juga merancang untuk meluluskan pembinaan 2,700 unit rumah lagi dalam masa terdekat, walaupun mendapat kecaman antarabangsa.

Rejim Yahudi memberi alasan krisis ekonomi sebagai menjustifikasi tindakan terorisma mereka tersebut. Sejak pertengahan Julai lalu, penduduk Israel mengadakan protes terhadap kenaikan harga rumah dan ketidak-adilan sosial di negara haram itu. Antara lain, mereka menuntut sistem percukaian baru yang lebih adil, pengasuhan anak-anak dan pendidikan percuma dan lebih banyak pelaburan dalam perumahan sosial dan pengangkutan awam.

Pada bulan September 2010, rejim Israel meneruskan usaha perluasan penempatan di wilayah-wilayah Palestin setelah 10 bulan bersetuju untuk menghentikannya kerja-kerja perluasan agresif mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts