Israel Serang Gaza lagi: 16 Warga Awam Cedera

26 Mei – Sumber-sumber perubatan Palestin di Jaluran Gaza melaporkan pada Rabu pagi bahawa Sekurang-kurangnya enam belas warga Gaza, sebahagian besar wanita dan anak-anak, cedera dalam serangkaian serangan udara Israel di Gaza utara dan selatan.

Serangan disasarkan terhadap rumah dan beberapa kemudahan, termasuk bekas markas Pertahanan Awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza di bandar Gazan selatan Rafah.
Setidaknya empat peluru berpandu dilepaskan ke Lapangan Terbang yang telah sedia  hancur akibat serangan Israel sebelum ini, demikian menurut laporan sumber-sumber tempatan.

Tentera Udara Israel juga menyerang wilayah di berhampiran sempadan Mesir khsuusnya di kawasan yang disyaki mempunyai terowong bawah tanah.

Saksi mata melaporkan bahawa jet F-16 Israel melepaskan dua peluru berpandu ke pangkalan latihan yang digunakan oleh Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas di Beit Hanoun, di bahagian utara Jalur Gaza.

Serangan tersebut menyebabkan beberapa rumah rosak dan mencetuskan kepanikan kalangan penduduk, terutama anak-anak.

Unit Kecemasan di Perkhidmatan Perubatan Tentera di Jaluran Gaza melaporkan bahawa sekurang-kurangnya lima belas orang warga awam di Beit Hanoun mengalami kecederaan.

Unit tersebut mengutuk tindakan penembakan itu dan mengatakan bahawa wilayah yang disasarkan adalah wilayah awam dan ianya melanggar undang-undang antarabangsa. (immec)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts