Israel Serang Semula Gaza!

Beberapa buah kereta tank dan buldozer Israel telah menyerang wilayah di utara Jalur Gaza pada pagi Rabu (24/3) dan melepaskan tembakan terhadap perumahan warga Gaza.

Saksi melaporkan bahawa kereta kebal Israel melepaskan tembakan ke rumah mereka manakala buldozer menghancurkan tanaman pertanian dan pokok yang terletak berhampiran dengan persempadanan Iriz dan utara Semenanjung Gaza.

Pada Selasa malam yang lepas seorang  tentera Israel telah terbunuh akibat tembakan rakan sendiri sementara seorang warga awam Palestin cedera dalam pertembungan sengit dengan pejuang Palestin di sempadan selatan Semenanjung Gaza. immec

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts