Israel terus dipinggirkan, sekatan akan runtuh

Gaza City, 22 Nov 2011 — Ketibaan konvoi bantuan kemanusiaan “Arab Spring” di Gaza sekali lagi menunjukkan betapa masyarakat dunia kini meminggirkan negara pengganas Israel. Usaha kemanusiaan ini juga merupakan satu lagi langkah ke arah meroboh sekatan zalim Zionis ke atas penduduk awam Gaza.

Konvoi Arab Spring memasuki Gaza melalui pintu Rafah
Konvoi Arab Spring memasuki Gaza melalui pintu Rafah

 

Menurut Perdana Menteri, Ismail Haniyeh, secara umumnya masalah utama yang dialami oleh penduduk Gaza bukanlah kekurangan makanan dan ubat-ubatan, tetapi sebenarnya masalah politik akibat penaklukan jahat rejim Zionis ke atas negara berdaulat Palestin.

Dalam ucapan beliau meraikan ketibaan konvoi tersebut, Ismail berkata, “tidak ada sebarang alasan untuk mereka mengenakan sekatan ini, namun (Zionis) mengaitkan penahanan Shalit sebagai sebab sekatan ini diteruskan. Sekarang Shalit sudahpun berada bersama keluarganya, jadi apa lagi alasan mereka untuk meneruskan sekatan ini?” Israel pernah memberi alasan penahan Shalit sebagai sebab sekatan sejak tahun 2007 itu diteruskan. Sehingga ke hari ini, sekatan masih berterusan walaupun Shalit sudahpun bebas sejak Oktober lalu.

Para delegasi aktivis kemanusiaan antarabangsa konvoi Arab Spring yang termasuk ahli politik dan pemimpin revolusi menyatakan keyakinan mereka bahawa Israel kini semakin dipinggirkan oleh masyarakat dunia akibat polisi, sikap dan aksi kejahatan mereka.

——-

Sumber berita: Maan News Agency, PressTV

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts