Israel Usir Keluarga Palestin

JERUSALEM, 28 Disember  – Sejumlah besar pasukan Israel dan pengawal sempadan dikerahkan di daerah Silwan sebagai langkah awal untuk mengusir sebuah keluarga  Abdullah Abu Nab dari halaman rumah mereka di Taman Al-Hawa Battn dan membawa penduduk Yahudi untuk tinggal menggantikan tempatnya  pada Sabtu pagi lalu.

Menurut saksi, polis Israel telah menculik sejumlah warga Palestin di Silwan pagi tersebut, walau bagaimanapun tidak ada pertempuran berlaku.
Pusat informasi Wadi Hilwa mengatakan bahawa jenayah Israel yang menghalau keluarga Abu Nab keluar dari rumah halaman mereka pada hari itu adalah kerana diplomat Barat sedang bercuti Krismas.

Di dalam kejadian berasingan, Palestinian Popular Struggle Front (PPSF) di bandar Nablus menganjurkan mogok beramai ramai di kawasan Tana Khirbet yang terancam sebagai bantahan di atas keputusan Israel untuk melupuskan keseluruhan wilayah Tana Khirbet dan memadamnya dari peta.

Para penunjuk perasaan menyatakan bantahan mereka atas tindakan jenayah Israel terhadap warga Khirbet Tana dan memberi sokongan moral kepada mangsa yang enggan menyerahkan dan meninggalkan tanah halaman mereka. (pic)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts