Isu Kecurian Organ Pemuda Palestin: Pusat HAM Swirtzerland Menyeru Israel Di Heret Ke Mahkamah Antarabangsa

Pusat Hak Asasi Manusia Swirtzerland meminta beberapa buah organisasi antarabangsa Hak Asasi Manusia dan WHO mengadakan respon secepatnya berikutan laporan akhbar Sweden tentang tindakan sejumlah tentera Zionis yang mencuri organ tubuh para pemuda Palestin yang terbunuh di kota Palestin.

Dalam keterangannya pada hari Selasa lalu(25/8), Pusat Hak Asasi Manusia Swirtzerland menyebutkan, sejumlah wartawan di akhbar Sweden telah mengumpulkan data tentang sejumlah kejadian di Daerah Amatain, Tebing Barat. Mereka menegaskan, tentera Zionis mencuri organ tubuh para pemuda Palestin yang terbunuh. Sebelumnya, pemerintah Zionis mengambil alih jenazah sejumlah pemuda Palestin tersebut dan kemudian diambil semua organ tubuhnya, lalu menjahitnya dengan cara yang kejam, sebelum dikembalikan ke pangkuan keluarga mereka.

Dalam pada itu, Pusat Hak Asasi Manusia Swirtzerland memuji langkah akhbar Sweden tersebut dalam usaha mereka membongkarkan kebenaran tentang kebiadaban tentera Zionis  yang amat bertentangan dengan semua prinsip kemanusiaan yang melarang memperjualbelikan organ tubuh manusia.

Justeru Pusat Hak Asasi Manusia Swirtzerland meminta masyarakat antarabangsa bertindak untuk membongkar kejahatan Zionis yang terus berlanjutan terhadap hak-hak Palestin. Ia juga meminta dibentuknya Jawatankuasa Antarabangsa untuk menyeret entiti Zionis ke mahkamah antarabangsa di atas semua kejahatan mereka selama ini. (asy/pic/fn)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts