Jabatan Wakaf berjaya padam kebakaran di Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 17 Apr 2019 — Pasukan bomba dari Jabatan Wakaf berjaya memadam kebakaran di atas Musolla Marwani di tenggara perkarangan Masjid al-Aqsa malam tadi.

Kebakaran berlaku di bilik pengawal yang terletak di atas Musolla Marwani, disyaki berpunca dari kanak-kanak yang bermain di kawasan tersebut.

Musolla Marwani adalah dewan solat bawah tanah berkeluasan 500 meter persegi. Ia mula dijadikan tempat solat pada bulan Disember 1996, menjadi ruang solat paling luas di Masjid al-Aqsa dengan kemampuan menampung 10,000 orang ahli jemaah.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts