Jenazah Mohamed al-Kalouti diserah setelah ditahan lebih 5 bulan

AL-QUDS, 18 Ogos 2016 (PIC) — Polis penjajah Zionis menyerahkan jenazah syahid Mohamed al-Kalouti, 21, kepada keluarganya malam tadi setelah menahan jasad beliau selama lebih lima bulan.

Sekitar 30 orang saudara-mara menghadiri upacara pengkebumian beliau pada awal pagi, di mana rejim Zionis mengenakan langkah keselamatan yang ketat di beberapa lokasi di Kota Lama al-Quds dengan menutup laluan dan mengerah tentera yang lengkap dengan kenderaan penyembur air najis berkawal di luar tanah perkuburan Bab al-Sahira.

Keluarga almarhum dipaksa membayar ikat jamin sebanyak 20,000 shekel (RM21,180) dan memastikan hanya mereka yang mempunyai talian persaudaraan menghadiri upacara pengkebumian. Mereka juga tidak dibenarkan bercakap kepada pihak media atau membuat sidang media.

Mohamed yang berasal dari Kafr Aqab di al-Quds Timur dituduh menembak sebuah keretapi ringan berdekatan Bab al-Jadid di Kota Lama al-Quds pada 9 Mac lalu, di mana seorang pendatang Yahudi cedera.

Atas arahan Menteri Perang Avigdor Lieberman, rejim Zionis masih menahan 14 jenazah penduduk Palestin, termasuk lima daripada al-Quds.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts