Jet F-16 tentera Zionis serang wilayah Gaza

GAZA, 26 Jan 2016 (IMEMC) — Jet tentera udara Zionis melancarkan beberapa serangan baharu di kawasan selatan Gaza awal pagi tadi.

Sekurang-kurangnya dua serangan disasarkan ke kawasan lapang dan bekas kawasan penempatan Yahudi di barat daya Khan Younis.

Kawasan selatan Deir al-Balah di tengah Gaza juga menjadi sasaran serangan jet F-16 Zionis, menyebabkan kerosakan dan kepanikan di kalangan penduduk. Bagaimanapun tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts