Jet-jet perang tentera Zionis serang Gaza

GAZA, 15 Mac 2019 — Beberapa jam selepas mengesahkan sistem keselamatan Iron Dome gagal memintas serangan roket di udara Tel Aviv, tentera Zionis menyerang beberapa lokasi penduduk awam dan kawasan lapang di Gaza, malam tadi.

Kawasan sasaran mereka adalah di wilayah barat dan utara Gaza, termasuk pelabuhan baharu di Khan Younis dan bekas penempatan haram Yahudi.

Sebelum kejadian, Hamas telah memindahkan pasukan mereka dari lokasi-lokasi yang menjadi sasaran.

Sementara itu, siren kecemasan dibunyikan di kawasan penempatan haram di sempadan Gaza dan sebuah roket dilaporkan jatuh di kawasan penempatan haram Eshkiol.

(PalestiNow)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts