Jet pejuang Israel serang Gaza

Selepas hanya 2 hari berlangsungnya rundingan damai di Washington, jet-jet pejuang Israel menyerang bandar Khan Younis dan bandar Rafah di selatan Gaza menyebabkan beberapa penduduk Gaza tercedera. Serangan pada malam Sabtu itu menyebabkan seorang rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya tiga yang lain tercedera, manakala seorang lagi dilaporkan hilang apabila terperangkap di dalam terowong yang diserang.

Menurut berita yang disiarkan PressTV, jet-jet Israel terbang rendah di ruang udara Gaza dan menembak roket ke arah kawasan pertanian di Khan Younis. Rakyat Gaza menjangkakan banyak lagi seranga-serangan susulan akan dilakukan.

Agensi berita YNet memetik bahawa seorang jurucakap tentera Zionis mengesahkan kejadian serangan tersebut.

Tentera Zionis Israel sering melakukan serangan udara dan darat ke atas Gaza sejak serangan selama 22 hari yang bermula pada akhir tahun 2008. Israel secara berukang-ulang mengebom aringan terowong bawah tanah di kawasan sempadan Gaza-Mesir di Rafah. Mereka mendakwa pejuang-pejuang Palestin menyeludup senjata menggunakan terowong-terowong tersebut.

Rakyat Palestin bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut. Terowong merupakan satu-satunya pilihan yang mereka ada untuk membawa masuk keperluan asas yang mendesak setelah diembargo sejak bertahun-tahun oleh rejim Zionis. Kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza dinafikan hak mereka untuk mendapatkan bekalan makanan, perubatan dan keperluan-keperluan asas yang lain akibat embaro tersebut. (mn/presstv/YNet)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts